Ilmu

Ilmu artinya mengetahui. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu, meskipun pada hal yang tidak terlihat. Tiada yang luput dari penglihatan Allah.
“Katakanlah (kepada mereka): Apakah kamu akan memberitahukan kepada ALLAH tentang agamamu (keyakinanmu), padahal ALLAH mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan ALLAH Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS. Al-Hujurât: 16)

Adapun sifat wajib bagi ALLah Taala yang ke Sembilan ialah Ilmu. Ilmu ertinya mengetahui.
Hakikat sifat ilmu ALLah Taala iaitu sifat yang berbuka bagiNya mengetahui ALLah Taala tentang yang wajib dan yang mustahil bagi zatNya, dan yang harus bagi kejadian ciptaanNya.
Maksud mengetahui yang wajib bagi zatNya iaitu ALLah Taala mengetahui sifat kesempurnaan zatNya. Demikian juga ALLah Taala mengetahui bahawa Dia adalah suci dari segala sifat kekurangan. Mustahil bagiNya tidak mengetahui akan zatNya sendiri.
Dan maksud mengetahui ALLah Taala segala yang harus pada kejadian ciptaanNya ialah Dia mengetahui segala ciptaanNya tanpa terdinding dari sifat tidak mengetahui. Demikian juga mustahil Dia tidak mengetahui bahawa zatNya maha suci dari kekurangan.
Adapun mengetahui ALLah Taala itu tidak dengan berusaha, tidak dengan berfikir, tidak dengan belajar, tidak dengan otak, tidak dengan memandang, tidak dengan dalil atau hujah, dan tidak dengan segalanya. Maka mengetahui ALLah Taala itu dengan zatNya yang Maha Mengetahui. Jika ALLah Taala sedemikian maka samalah Dia dengan makhluk, jadi lemah dan mustahil.
Ta’luk sifat Ilmu ALLah Taala
Adapun ta’luk sifat ilmu ALLah Taala pada yang harus yang diciptakanNya iaitu alam, pada semua keadaan dan semua masa.
Maksud mengetahui ALLah Taala pada semua keadaan ialah mengetahui ALLah Taala segala sesuatu di dalam tujuh petala langit dengan segala cakerawalanya, bintang, bulan, planet dan semuanya yang tidak pernah terfikir oleh otak manusia atau yang belum pernah dijumpai dengan teknologi zaman ini. Dan mengetahui ALLah Taala segala yang di dalam tujuh petala ntuterfikir oleh otak atau yangbelum ditemui oleh teknologi zaman ini.
Dan mengetahui ALLah Taala segala yang terlintas di dalam hati, segala was-was, fikir-fikir dan segala angan-angan, dan segala gerak naluri dan sebagainya.
Dan mengetahui ALLah Taala segala yang paling halus seperti jumlah kaki semut yang kecil. Segala kaki hama dan tungau. Bahkan mengetahui ALLah Taala semut yang hitam yang bergerak di atas batu yang hitam dimalam yang sangat gelap sekalipun atau di dalam gua yang sangat gelap.
Dan ta’luk ilmu ALLah Taala itu kepada yang harus adalah ta’luk ketentuan pada azali. Ta’luk ilmu tidaklah ta’luk pada patut azali kerana ta’luk patut itu pada iktibarnya adalah sebelum ta’luk ketentuan. Maka jika ta’luk patut, jadilah bermula dengan jahil.
Alam dan makhluk dalam ilmu ALLah Taala
Alam (termasuk makhluk kerana makhluk adalah alam yang baharu) adalah sesuatu yang dimaklumi oleh ALLah Taala dalam ilmuNya. Dalam ilmu tahqiq Tauhid disebut ma’lum. Sifat mengetahui adalah sifat ilmu. Yang mengetahui ialah ALLah Taala dan yang diketahui adalah maklumNya iaitulah alam.
Hukum alam pada sisi ALLah Taala adalah ujud ilmi. Erti ujud ilmi iaitu ujud dalam pengetahuan ALLah Taala. Ujud ini tidak dapat dipandang kerana ia adalah dalam pengetahuan semata-mata. Dan apabila ALLah Taala menciptanya dengan QudrahNya, maka dzahirlah dalam maksud maklum yakni alam dalam ilmu ALLah Taala itu ke keadaan dzahirnya.
Untuk mengelakkan kebingungan, contoh mudah seperti kita manusia. Kita berfikir untuk membuat kandang sapi (lembu). Pengetahuan kita tentang kandang sapi itu ada di dalam otak kita. Kandang sapi didalam fikiran itulah maksudnya maklum, yakni kandang sapi yang dimaklumi kita. Dan apabila kita membuat dan telah jadi, berpindahlah dalam maksud maklum kandang sapi itu ke alam dzahir.
Dalil ALLah Taala bersifat Maha Mengetahui ialah FirmanNya dalam al-Quran bermaksud “Dan ALLah Taala itu dengan setiap sesuatu itu sangat mengetahui”
Jika ALLah Taala tidak bersifat Maha Mengetahui maka Ia bodoh. Bodoh adalah sifat manusia. Mustahil hakikat yang disebut Tuhan itu bodoh. Jika ALLah Taala bodoh maka pasti tidak akan tercipta alam ini dengan segala kejadiannya yang sangat ajaib dan seni sekali. Tuhan yang bodoh pasti tidak akan dapat mencipta system alam yang teratur dan pastilah berbenturan. Maka mustahil ALLah Taala tidak bersifat Maha Mengetahui.
Orang yangmempercayai Tuhan itu bodoh, orang itulah yang bodoh sebenarnya.

0 comments:

Post a Comment