Wujud


Sifat Wujud

Wujud (وجود) arti bahasa "ada" contoh dekat adanya sesuatu pasti ada yang membikinnya, nah kata ada tersebut menunjukan adanya pembikin tanpa harus melihatnya.

Dalam lugot bahasa asal kata dari wajada (وجد) artinya "telah ketemu/ada", ditarik ke tashrif وجد , يوجد, وجدا , وجودا walau dalam sesuatu jika benda yang ditanyakan maka dengan kata موجود "ada sesuatu"?.... kalimat masdariyyah dan dijadikan sifat yang marroh (مصدر مرة) jumlah ismiyah yang masdariyah dalam arti nama adanya sesuatu yang ditemui, contoh saya punya/ ada mobil tanpa saya tahu siapa yang membikinnya, yang jelas ada mobil dan pabriknya, salah sekali orang bilang tidak ada yang membikinnya tok bukti ada mobilnya.

Kaitan dengan Alloh SWT wajib kena sifat wujud, karena adanya makhluk, contoh; adanya sesuatu tentu ada yang membuatnya terjadi kenyataan adanya alam sekitar dan penghuninya tentu ada yang membuatnya, siapakah pembuat itulah Alloh SWT.

Dalil sifat wujud:
Adat: Jika ada sesuatu ada yang membikinnya jadi kesimpula adanya Alam semesta dan pengisinya menandakan ada penciptanya.
Aqli: adanya alam dan seluruh penghuninya menandakan ada yang menciptakannya.
Naqli: suroh al-ikhlas ayat perta:
قل هو الله - أحد Artinya katakan olehmu Muhammad bahwa sang pencipta Alloh SWT Yang Maha Esa,

Jadi suatu keyakinan bahwa wajib sifat Wujud ada di Alloh SWT, siapapun konsekwensi tidak mengkui adanya Alloh kafir hukumnya.

Wujudnya Alloh SWT tidak sama sengan wujud makhluknya, dalil dekat: orang pencetak poto tidak sama dengan poto cetakannya, sekalipun mirif wajah tapi tidak bernyawa, nah adanya Alloh SWT pun tidak sama dengan makhluknya, diantaranya: Adanya Alloh SWT adalah ليس كمثله شيئ "tidak ada satupun yang menyerupainya".

Rincian ada:
1. Ada Alloh tidak ada awalnya,
2. Ada Alloh tidak ada akhirnya,
3. Ada Alloh tidak ada seba/pelantara,
4. Ada Alloh tidak ada asal,
5. Ada Alloh tidak tergantung yang ada atau tiada,
6. Adanya Alloh tidak butuh kepada yang mengadakan/meniadakan,
7. Adanya tidak bisa dicontokan.
8. Adanya tak bisa diukur dengan apapun.
Rincian ada ini hanya sekedar pembatas keterbatasan pola pikir saya dan agar jadi penjelas antara kholik dan makhluk, takut disamakan, bisa jadi batal Aqidah atau keyakinan jika tak sesuai dengan qoridor syari'.

Contoh kecil perbedaan yang membuat dan yang dibuat." Saudaraku membikin korsi, tentu dengan berbagai mode, metode dan asfiratif atau desain yang menghebohkan, tapi herannya tidak sama dengan saudara yang membikinnya, itu menandakan aqliyah dan adatiyah perbedaan antara kholik dan makhluk.

Hukum Yakin bahwa Alloh SWT keterapan sifat Wujud adalah wajib aini yang tidak bisa diganti dengan apapun dan siapapun, tidak syah akidah dan keyakinannya jika tidak mengakui sifat tersebut, atau ponisan kafir (diluar Islam).

Buah sifat wujud:
1. Meyakini adanya dzat Alloh keterapan sifat wujud / ada,
2. Berkeyakinan beda Adanya Alloh SWT dengan makhluknya,
3. Tidak takut kepada selain Alloh SWT,
4. Banyak bertafakur kepada makhluknya, khususnya diri sendiri dari mualai hal terkecil yang ada pada tubuh ini dan yang teralami dijadikan pelajaran.
5. Menerima segala konsekwensi dengan adanya Alloh sebagai rob (pencipta) siap melaksanakan segala perintah dan menjauhi segala apa yang dilarang-Nya.
6. Lebih mendekatkan diri kepada Alloh dengan tho'at,


Wujudnya Alloh SWT tidak ditergantungkan keapada ada atau tidak adanya makhluk, Alloh SWT tetap ada, wujud hakiki hanya kemilik Alloh SWT Yang Maha Tahu. Diumpamakan diatas dengan benda, agar pemikiran / otak kita bisa faham dari dasarnya ada (وجود).

------------------------------------------------


Pengertian Al Wujud

Berbalik kepada sifat wajib yang pertama bagi ALLAH Taala iaitu Al Wujud, maknanya dari segi bahasa ialah "ada".

Dalam hal ini, wajib bagi ALLAH SWT itu ada. Atau dalam ertikata yang lain, wajib adanya atau wujudnya ALLAH SWT itu. Pengertian wajib ini perlu kita fahami benar-benar.

Wajib Pada Akal

Di dalam pengajian tauhid, wajib bermaksud wajib pada akal iaitu menghukumkan adanya sesuatu itu dengan bersandarkan perbahasan akal fikiran serta dalil-dalil dan bukti di atas ketetapan hukum itu. Ini dinamakan wajib akal nazari iaitu khusus kita lakukan untuk menghukum sifat-sifat yang wajib bagi ALLAH SWT dengan mendatangkan bahasan akal fikiran serta dalil-dalil dan bukti di atas ketetapan hukum itu. Ini dinamakan wajib akal nazari iaitu khusus kita lakukan untuk menghukum sifat-sifat yang wajib bagi ALLAH SWT dengan mendatangkan bahasan yang ada dalil dan bukti sekali.

Wajib Akal Dharuri

Wajib akal nazari berbeza dengan wajib akal dharuri iaitu yang menghukum sesuatu itu tetap adanya dengan tidak perlu didatangkan dalil dan bukti melalui bahasan, seperti menghukum 1 itu separuh daripada 2.

Oleh kerana wajib yang kita maksudkan pada sifat Al Wujud bagi ALLAH SWT ini adalah wajib pada akal, maka tidak diterima oleh akal akan tidak adanya atau tidak wujudnya zat ALLAH SWT itu. Ertinya, akal hanya mahu menerima tentang adanya zat ALLAH SWT tetapi tidak mahu menerima yang sebaliknya.

Kalau ada orang yang mengatakan yang ALLAH SWT itu tidak wujud atau tidak ada, maka akal tidak sekali-kali mahu menerimanya. Yang akal mahu terima ialah bahawa ALLAH SWT itu ada atau wujud.

Hakikatnya, wajiblah adanya zat ALLAH SWT itu. Ia tetap ada dan benar ada, dan wajib bagi kita meyakini adanya zat ALLAH SWT itu. Jangan sampai keyakinan kita ini tergelincir kerana kalau tergelincir dengan salah satu sebab sama ada syak, zan atau waham, maka tergelincirlah aqidah kita. Manakala aqidah kita tergelincir, akan sesatlah kita.

Zat ALLAH Tiada Siapa Yang Jadikan

Kemudian, adanya zat ALLAH itu tidak ada yang menjadikannya. Ini khususiah bagi zat ALLAH SWT sahaja.
Ertinya, bila kita katakan wajib adanya zat ALLAH SWT itu, pengertian "ada" di sini adalah ada yang tidak ada
yang menjadikan-Nya. Tidak seperti adanya benda-benda lain seperti makhluk dan alam ini. Misalnya, bila kita
sebut diri kita ini bersifat ada, maksud "ada" di sini ialah bahawa adanya diri kita ini disebabkan ada yang menjadikannya. Kalau tidak ada yang menjadikannya, maka tidak adalah diri kita ini.

Namun seluruh makhluk dan alam ini, termasuklah diri kita, tidak pula boleh kita katakan tidak ada. Semua itu ada, tetapi adanya adalah disebabkan ada yang menjadikan. Dan yang menjadikannya ialah ALLAH SWT. Hanya wujudnya atau adanya ALLAH SWT itu sahaja, tiada siapa yang menjadikan. Berbeza sekali dengan wujudnya makhluk yang telah ada ini.

Bukan saja adanya ALLAH SWT itu tidak ada siapa yang menjadikannya, malah wujudnya zat ALLAH SWT itu juga bukan dikeranakan oleh sesuatu sebab.

Ertinya, adanya atau wujudnya zat ALLAH SWT itu tidak bersebab sebagaimana kejadian makhluk atau seluruh alam ini. Makhluk atau seluruh alam ini disebut juga sebagai 'baharu'. Baharu di sini bererti 'selain daripada ALLAH' atau masiwallah.

Yang baharu adalah seperti manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau, gunung-ganang, laut, ikan, binatang yang melata, seluruh langit dan isi langit, seluruh bumi dan isi bumi, seluruh yang ada di antara langit dan bumi, alam ghaib termasuklah Alam Kubur, alam Akhirat, alam Jabarut, dan lain-lainnya. Kita katakan bahawa semua itu 'baharu' kerana ia ada yang membaharukan atau yang menjadikan. Itulah ALLAH SWT.

Wujud-Nya Tanpa Sebab

Jadi perlulah kita fahami benar-benar akan hakikat wujudnya ALLAH SWT, iaitu tanpa bersebab. Tidak seperti kejadian setiap yang baharu yang semuanya dikeranakan oleh satu-satu sebab. Seperti misalnya, adanya kita ini disebabkan oleh adanya ibu bapa. Ertinya, perkahwinan menyebabkan lahirnya zuriat. Atau dalam perkataan lain, bolehlah kita katakan, lahirnya zuriat itu disebabkan oleh perkahwinan.

Sama jugalah dalam kejadian-kejadian yang lain seperti kenyang disebabkan oleh makan, hilangnya dahaga disebabkan oleh minum, kaya disebabkan berusaha bersungguh-sungguh, kejayaan disebabkan jihad dan perjuangan yang gigih, mati disebabkan oleh sakit, dan begitulah seterusnya. Tiap-tiap sesuatu itu terjadi kerana ada sebab-sebabnya.

Cuma Allah sahaja yang adanya tidak bersebab. Barangsiapa mengatakan kejadian ALLAH SWT itu ada sebab-sebabnya, dia telah melakukan satu pembohongan yang paling besar. Pembohongan yang demikian adalah pengakuan sesat, d an sekiranya dia mati tanpa sempat memperbetulkan pengakuannya, dia akan terjerumus ke dalam Neraka, kekal abadi di dalamnya, wal'iyazubillah.

Pandangan Ahli Falsafah

Bagi ahli-ahli falsafah atau ahli fikir, hal tiap-tiap suatu kejadian itu terjadi kerana ada sebab-sebabnya dipanggil sebagai "sebab membawa akibat". Iaitu, tiap-tiap suatu kejadian itu ada sebab-sebabnya dan ada akibatnya.
Umpamanya, untuk mendapatkan zuriat, sebabnya melalui perkahwinan. Lalu kita katakan sebab daripada perkahwinan itu mengakibatkan kita mendapat zuriat.

Begitu jugalah dengan kejadian-kejadian lain seperti disebabkan kita makan, akibatnya kenyang; disebabkan kita rajin bekerja dan berusaha, akibatnya kita menjadi kaya; disebabkan kita rajin dan tekun belajar, akibatnya kita jadi pandai.

Demikianlah cara ahli-ahli falsafah mendatangkan perbahasan mereka. Ini adalah hujah ilmu pasti. Samalah seperti menghujah 2 kali 2 bersamaan 4. Hujah demikian tidak boleh digembar-gembur. Ia membawa kepada satu konklusi yang tepat.

Sebab Bawa Akibat

Sebab itu dalam mereka menghujah "sebab-sebab membawa akibat" ini, pada mereka setiap sebab itu pasti akan membawa kepada akibatnya. Kalau demikian, setiap kita makan, pasti akan kenyang, atau setiap yang kahwin pasti mendapat zuriat, atau setiap yang berusaha pasti mendapat kejayaan, atau setiap yang rajin belajar pasti akan pandai, dan begitulah seterusnya. Mereka yang berfahaman demikian seolah-olah telah memastikan bahawa setiap sebab itu pasti membawa kesan.

Dengan itu juga, setiap apa yang diakibatkan adalah bersabit daripada sebab-sebab yang telah dilakukan. Dan oleh kerana ada sebab-sebab yang dilakukan, ia pasti membawa akibat.

Hujah ahli-ahli falsafah ini telah memberikan satu pengertian bahawa sebab-sebab dan akibat itu lazim-melazimi antara satu dengan yang lain. Ertinya, bila ada sebab-sebab, maka pasti ada akibatnya. Dan akibat itu pula bersabit daripada adanya sebab-sebab.

Sebab-sebab dan akibat-akibat yang lazim-melazimi antara satu dengan yang lain ini telah dikaitkan oleh ahli-ahli falsafah dengan wujudnya ALLAH SWT serta kejadian alam ini. Menurut mereka, ALLAH dengan alam ini lazim-melazimi. Ertinya, kerana adanya alam ini maka adanya Allah. Dan oleh kerana ALLAH itu wujud, maka akibatnya ada alam ini.

Golongan Yang Sesat

Ini satu fahaman yang sesat sama sekali. Namun, kalaupun pandangan mereka itu sesat, itu tidak menghairankan kita sangat kerana pembawa-pembawa fahaman itu adalah ahli-ahli falsafah Yunani yang memang tujuan mereka mahu menyesatkan umat Islam.
Pelopor-pelopor falsafah ini adalah seperti Aristotle, Plato dan lain-lainnya. Pandangan-pandangan mereka diperkembangkan pula oleh ahli-ahli falsafah Timur seperti Kung Fu Tze dan lain-lain.
Tetapi yang malangnya, termasuk di dalam golongan sesat ini adalah ulama-ulama Islam sendiri. Mereka turut mempelopori fahaman bahawa ALLAH dan alam ini lazim-melazimi. Bermakna mereka juga meyakini bahawa kerana adanya ALLAH SWT, maka adanya alam ini. Adanya ALLAH SWT itu merupakan 'sebab' manakala adanya alam ini adalah 'akibat'.
Ini menunjukkan bahawa mereka berpandangan yang alam ini qadim seperti qadimnya ALLAH SWT. Dengan perkataan lain, mereka telah menyamakan kejadian alam ini bukan ALLAH yang menjadikan tetapi bersabit adanya ALLAH sahaja. Samalah seperti kenyang tadi, bersabit daripada makan saja. Nyatalah sesatnya pandangan mereka itu.

Ahli Falsafah Islam Tonjolan Barat

Kebanyakan ahli falsafah Islam yang membawa fahaman demikian adalah mereka yang ditonjolkan oleh pihak Barat. Pihak Baratlah yang memperkenalkan mereka serta mengagung-agungkan daya pemikiran serta kebijaksanaan mereka. Sedikit pun tidak diceritakan tentang aqidah ahli-ahli falsafah itu kerana bagi pihak Barat, aqidah tidak penting. Sebabnya, mereka tidak percaya kepada wahyu tetapi lebih percaya kepada pemikiran manusia.

Oleh itu, kita perlulah berhati-hati dengan pandangan ahli-ahli fikir Islam. Hendaklah kita selidiki, siapakah yang mengetengahkan mereka. Kalau yang mengetengahkan mereka itu puak Barat yang membesar-besarkan kejayaan pemikiran mereka melalui buku-buku Barat seperti ensaiklopedia mereka, hendaklah kita berawas sungguh-sungguh.

Kebanyakan ahli fikir Islam yang digolongkan juga sebagai ulama Islam yang ditonjolkan oleh puak Barat itu adalah yang membawa fahaman muktazilah. Iaitu satu fahaman yang menyeleweng daripada aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ia muncul dalam kurun pertama Hijrah dengan membawa fahaman-fahaman terhadap soal ketuhanan, soal Akhirat, soal dosa pahala, dan lain-lainnya.

Mengapa Tidak Tonjol Ulama Sebenar?

Satu perkara yang nyata dalam penonjolan kebenaran Islam serta ulama-mama Islam oleh puak-puak Barat ini ialah, mereka tidak mahu memaparkan perjuangan dan pandangan yang dibawa oleh ulama-ulama seperti Imam Shafie, Imam Maliki, Imam Hambali, Imam Hanafi, Imam Nawawi dan lain-lainnya.

Malah seorang ulama Islam yang begitu terkenal iaitu Imam Al Ghazali yang juga merupakan seorang ahli fikir, ahli tasawuf dan ahli dalam pelbagai bidang lain, tidak mahu mereka paparkan. Ini kerana pihak Barat takut untuk memaparkan ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pemikiran ulama-ulama ini adalah berlandaskan Al Quran dan Sunnah.

Kalau fikiran ulama-ulama yang membawa pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah ini diketengahkan, ia akan memberi faedah besar kepada umat Islam, dan akan menambahkan lagi kekuatan aqidah umat Islam. Ini amat mereka khuatiri kerana kekuatan lahir umat Islam dari sudut mana sekalipun adalah bergantung kepada kekuatan aqidah mereka. Inilah yang mereka takuti. Kerana itu, mereka lebih suka menonjolkan pemikiran ahli-ahli fikir Islam yang membawa fahaman sendiri; fahaman yang direka oleh otak mereka dan bukan yang berlandaskan Al Quran dan Hadis.

Ahli-ahli fikir Islam ini hendaklah kita awasi pandangan mereka. Kita tidak perlu menyebut nama-nama mereka kerana mungkin ada di kalangan kita yang begitu yakin dengan pandangan-pandangan yang mereka bawa.
Oleh itu, hendaklah kita tolak pandangan muktazilah dan pandangan ahli-ahli fikir Islam yang mengatakan bahawa ALLAH dan alam ini lazim-melazimi. Kita tolak pandangan mereka yang mengatakan bahawa kerana adanya ALLAH, maka adanya alam ini, dan oleh kerana adanya alam ini maka wujudnya ALLAH SWT.

Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah

Sebenarnya, walaupun adanya alam ini, adanya makhluk dan adanya segala yang baharu ini kerana ada sebab-sebabnya, tetapi sebab-sebab kejadian itu bukanlah yang membawa kepada akibat. Atau dalam perkataan lain, walaupun ada sebab-sebabnya tetapi sebab-sebab itu tidak boleh memberi bekas. Bukan sebab itu yang memberi bekas tetapi yang memberi bekas atau yang mendatangkan akibat adalah ALLAH SWT. Inilah fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. ALLAH SWT ada berfirman:

Terjemahannya: Kami datangkan bagi setiap sesuatu dengan adanya sebab. (Al Kahfi: 84)

Sebab tidak Memberi Bekas

ALLAH sendiri menegaskan bahawa sememangnya ALLAH yang menjadikan semuanya dengan bersebab tetapi bukanlah sebab-sebab itu yang membawa akibat. Tetapi yang menjadikan sebab-sebab itu membawa akibat adalah kerana ALLAH SWT menghendaki demikian. Kalau begitu, sememangnya berkahwin itu adalah sebab yang mengakibatkan lahir zuriat tetapi bukanlah berkahwin itu yang sebenarnya mengakibatkan zuriat.

Hakikatnya ialah ALLAH SWT. Begitu jugalah dengan kenyang yang diakibatkan oleh makan. Sungguhpun makan itu yang menyebabkan kenyang tetapi hakikatnya ALLAH SWT yang menyebabkannya. Makan itu sendiri tidak boleh membawa akibat.

Jadi, setiap sebab itu tidak boleh membawa akibat dengan sendirinya tetapi yang boleh membawa akibat ialah ALLAH SWT Tetapi oleh kerana sudah memang ALLAH kehendaki yang setiap akibat mesti ada sebab sebabnya, maka kenalah kita lahirkan sebab-sebab. Inilah yang dikatakan Sunnatullah atau peraturan ALLAH.

Sunnatullah

Kita sebagai makhluk yang dijadikan oleh ALLAH mesti sentiasa memerhatikan Sunnatullah atau peraturan ALLAH ini kerana Sunnatullah itulah yang menjadi panduan hidup kita. Ertinya, kalau sudah ALLAH Sunnahkan yang satu-satu kejadian itu akan terjadi sedemikian rupa, maka itulah yang mesti kita ikuti. Dan Allah tidak sekali-kali akan menukar peraturannya itu.

Bererti, kalau kita mengikut jalan-jalan selain daripada yang disunnahkan, maka akibatnya bukanlah sepertimana yang ALLAH kehendaki berlaku.
Firman ALLAH :

Terjemahannya: Kamu tidak akan mendapati yang Sunnatullah itu bertukar ganti. (Al Ahzab: 62)

Dan di dalam ayat lain ALLAH berfirman:

Terjemahannya: Sekali-kali kamu tidak akan mendapati yang Sunnatullah itu berubah-ubah. (Al Fatir: 43)

Ertinya, kalau memang sudah ALLAH tetapkan satu-satu peraturan itu akan berlaku sedemikian rupa, seperti tiap-tiap sebab itu membawa akibat, maka peraturan itu tetap tidak akan berubah. Misalnya, perkahwinanlah yang mengakibatkan adanya zuriat, atau makanlah yang mengakibatkan kenyang, atau belajar bersungguh-sungguhlah yang mengakibatkan pandai. Maka peraturan itu tetap akan terjadi demikian kerana memang ALLAH yang menghendaki terjadinya demikian. Tidak ada siapa yang boleh mengubah peraturan itu.

Lahirkan Sebab

Sebab itu umat Islam perlulah memerhatikan Sunnah atau peraturan ini untuk memandu hidupnya kerana setiap apa yang diusahakan dan diikhtiarkan oleh umat Islam ada kaitannya dengan Sunnatullah. Umpamanya, kalau umat Islam mahukan kejayaan, umat Islam perlulah melahirkan sebab-sebabnya. Atau dalam ertikata yang lain, umat Islam mesti menempuh sebab-sebab untuk menjamin kejayaan mereka. Kalau tidak, umat Islam tetap tidak akan berjaya, sebaliknya akan terus mundur, tertindas dan terhina.

Bukanlah ALLAH tidak boleh memberikan kejayaan kepada umat Islam tanpa sebab-sebab, tetapi memang sudah ALLAH buat peraturan demikian, maka umat Islam mestilah mengikut peraturan itu. Misalnya, kalau hendak menjadi satu bangsa yang pandai, umat Islam mestilah belajar bersungguh-sungguh serta melakukan usaha ikhtiar yang lebih giat. Demikian peraturan yang telah ALLAH tetapkan dan mesti kita ikuti. Cuma yang malangnya, umat Islam hari ini tidak mahu mengikut peraturan ALLAH tetapi hendak mengikut peraturan-peraturan yang direka oleh otak manusia.

Sebab itulah umat Islam hari ini tidak dapat mencapai sebarang kejayaan walau dalam bidang apa sekalipun kerana banyak peraturan ALLAH yang dilanggar, dan mereka lebih mengutamakan peraturan ciptaan manusia. Peraturan-peraturan yang telah ALLAH Sunnahkan itu dinamakan syariat Allah. Setiap usaha ikhtiar kita mesti berlandas kepada syariat ALLAH atau peraturan ALLAH, dan bukannya berlandas kepada peraturan ciptaan manusia.

Umpamanya, ALLAH telah menetapkan berbagai-bagai peraturan atau syariat untuk menyuluh makan minum kita, rumahtangga kita, pergaulan kita, masyarakat kita, pendidikan kita, dan lain-lainnya. Maka hendaklah kita ikuti sungguh-sungguh peraturan itu.

Usaha dan Ikhtiar

Di samping kita berusaha dan berikhtiar, sebagai melahirkan sebab-sebab untuk mecapai kejayaan dan kemajuan, peraturan-peraturan yang telah Allah tetapkan dalam aspek-aspek yang lain mesti juga kita jadikan landasan dan panduan. Misalnya, apabila kita belajar sungguh-sungguh untuk menjadi umat yang pandai, jangan kita tinggalkan sembahyang, puasa, dan sebagainya.

Jangan kita terlibat dengan pergaulan bebas serta pendedahan aurat. Dan jangan kita langgar peraturan-peraturan lain yang telah disyariatkan oleh ALLAH. Dengan demikian sajalah, baru usaha ikhtiar kita itu akan membawa kejayaan.

Tetapi umat Islam hari ini tidak berbuat demikian. Mungkin dalam usaha ikhtiar untuk melahirkan satu bangsa yang pandai, mereka akan belajar sungguh-sungguh. Tetapi dalam aspek-aspek yang lain, mereka tidak mengikut peraturan ALLAH, seperti tidak sembahyang, tidak berpuasa, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, mendedah aurat, dan sebagainya. Yang tepat mengikut Sunnatullah ialah dengan belajar sungguh-sungguh; itu saja. Kemudian kita dapati umat Islam ini akan menyerah diri dan bertawakkal kepada ALLAH, mengharapkan agar ALLAH memberikan kejayaan.

Manakala kalau dia tidak berjaya, dia akan berkata, "Apa boleh buat, sudah kehendak ALLAH begini!" Kata-kata demikian seolah-olah memberi maksud, "ALLAH punya pasal yang menyebabkan aku tidak berjaya!" Ertinya, dia sudah menyalahkan ALLAH SWT disebabkan dia tidak berjaya.

Orang yang bertawakkal begini dinamakan 'tawakkal tidak berbekal'. Di sinilah salahnya umat Islam hari ini yang belajar Islam sedikit-sedikit hingga menyebabkan mereka faham Islam itu sedikit-sedikit juga.

Tawakkal Selepas Berusaha

Sebenarnya ALLAH suruh ktia bertawakkal setelah semua sebab yang ALLAH jadikan itu kita tempuh. Kesemua peraturan atau Sunnatullah yang telah ALLAH syariatkan di dalam kehidupan kita mesti dilaksanakan. Ini, baru dua atau tiga sebab saja yang kita lahirkan, tiba-tiba kita pun bertawakkal kepada ALLAH. Dan apabila kita tidak berjaya, kita terus menyalahkan Tuhan, walaupun secara tidak langsung.

Tawakkal seperti ini samalah seperti memelihara lembu tanpa diikat atau ditambat, dan tidak pula memagar kawasan pemeliharaannya, lalu berserah bulat-bulat kepada ALLAH dengan harapan lembu itu tidak akan masuk ke dalam kebun orang lain. Masakan boleh jadi demikian. Sudah tentunya lembu itu akan bebas merayau ke sana sini hingga masuk ke kebun orang lain. Kemudian, apabila tuan punya kebun itu mengamuk, kita pun mengeluh. Ini ertinya kita menyalahkan ALLAH SWT (secara tidak langsung).

Sepatutnya, sebelum kita bertawakkal atau menyerah diri kepada ALLAH SWT, lahirkanlah semua sebabnya seperti lembu itu kita ikat kuat-kuat, kemudian kita kandang ia, dan kita beri dia makan kenyang-kenyang. Kemudian, barulah kita bertawakkal dengan keyakinan bahawa semua sebab telah dilaksanakan untuk mengelakkan lembu itu memasuki kebun orang lain. Namun bukan sebab-sebab itu yang akan memberi bekas tetapi ALLAH SWT jua. Demikianlah tawakkal yang sebenarnya.

Cuma oleh kerana telah ditikam tadi bahawa umat Islam hari ini hanya mempelajari Islam itu sedikit-sedikit, mereka pun mengamalkan Islam sedikit-sedikit (dalam aspek-aspek tertentu saja).

Misalnya dalam soal tawakkal kepada ALLAH, ada tempat-tempatnya seseorang itu akan bertawakkal, dan ada tempat-tempatnya dia tidak bertawakkal. Katalah dalam soal menjamah hidangan yang penuh dengan lauk-pauk. Tidak, pula dia bertawakkal. Kadang-kadang belum dipelawa dia sudah mula.

Kalaulah umat Islam dapat bertawakkal dalam semua aspek, ini yang paling baik kerana bertawakkal kepada ALLAH akan menggerakkan fikiran. Katalah dalam soal memelihara lembu tadi, setelah dia bertawakkal, lembu itu lepas juga ke kebun orang lain. Dari situ, tentu akan tergerak akal fikirannnya supaya melahirkan beberapa sebab lagi.

Rupa-rupanya, kita perlu berikhtiar sungguh-sungguh melahirkan sebab-sebab sebelum bertawakkal. Dan kalau setiap orang Islam dapat mencorakkan akalnya demikian, akan berjayalah kita. Kalaulah dalam hendak menjamah hidangan, kita perlu lahirkan sebab-sebab, ertinya dalam semua perkara kita mesti berikhtiar. Kalau umat Islam sedar hakikat ini, sudah tentulah satu pengalaman baru akan lahir di dalam pemikiran kita.

Sebab Bawa Akibat

Inilah yang dapat kita fahami daripada Sunnatullah yang telah menetapkan bahawa tiap-tiap sebab itu akan membawa akibat. Dan kerana itu, sebagai umat Islam yang sememangnya diberikan petunjuk dan peraturan oleh ALLAH, hendaklah kita meluaskan ilmu pengetahuan kita agar kita dapat melahirkan semua sebab yang ada dalam setiap aspek kehidupan kita.

Umpamanya, kalau kita mahu masyarakat kita kuat, hendaklah kita lahirkan semua sebabnya. Janganlah kerana kita telah lahirkan satu atau dua sebab saja, kita sudah mengharap agar ALLAH menjadikan masyarakat kita kuat.
Begitu juga, kalau kita mahu masyarakat kita berjaya dalam bidang pendidikan dan ilmu pengetahuan, hendaklah kita lahirkan sebab-sebabnya dalam semua aspek. Dan kalau kita mahu umat kita maju jaya dalam bidang ekonomi pula, hendaklah kita cari semua sebab nya dan kemudian kita lahirkan.

Apabila kita telah usahakan semua sebab itu, barulah kita bertawakkal kepada ALLAH. Nescaya umat Islam akan berjaya dan tidak akan diperbodoh-bodohkan serta diperkotak-katikkan oleh orang lain.

Setiap Kejadian Ada Sebab

Kini fahamlah kita bahawa setiap kejadian itu ada sebab sebabnya. Ia merupakan Sunnatullah. Dan kita juga telah faham bahawa setiap sebab itu akan membawa akibat, tetapi hakikat yang sebenarnya bukanlah sebab itu yang membawa akibat, sebaliknya yang memberi akibat kepada sebab-sebab itu adalah ALLAH SWT Sebab-sebab itu tidak boleh membawa akibat dengan sendirinya.

Apabila ALLAH SWT menghendaki yang tiap-tiap sebab itu membawa akibat, inilah tanda-tanda rahmat dan kasih sayang ALLAH kepada makhluk-Nya. Ertinya, apa saja yang diusahakan oleh makhluk untuk melahirkan sebab-sebab, maka akan terjadi akibat daripada sebab itu.

ALLAH berkuasa Wujudkan Tanpa Sebab

Namun, atas rahmat dan kasih sayang ALLAH yang menjadikan tiap-tiap sebab itu mendatangkan akibatnya, kelak akan ada orang yang berkata bahawa ALLAH SWT sebenarnya tidak boleh menjadikan sesuatu tanpa sebab. Kalau ada orang yang mengatakan demikian, akan terpesonglah aqidah umat Islam. Sebab itu, untuk menyelamatkan aqidah umat, sekali-sekala Allah jadikan juga sesuatu perkara itu tanpa sebab.

Misalnya, dalam soal kita hendakkan zuriat, kita mestilah menempuh sebab-sebabnya iaitu melalui perkahwinan. Dengan sebab perkahwinan, akan lahirlah anak. Tetapi telah berlaku dalam sejarah, Nabi Adam a.s. dijadikan tanpa ayah dan ibu, Siti Hawa, isteri kepada Nabi Adam a.s., dijadikan tanpa ibu, dan Nabi Isa, a.s. dijadikan oleh ALLAH SWT tanpa ayah.

Kejadian-kejadian ini menunjukkan kepada kita, walaupun memang Sunnatullah bahawa untuk mendapatkan anak mesti melalui perkahwinan, tetapi ALLAH boleh menjadikan ia berlaku tanpa sebab. Ini juga satu hikmah dan nikmat ALLAH kepada hamba-Nya yang amat besar dan tidak terhingga, dan ALLAH tidak mahu hamba-hamba-Nya tersesat.

Kuasa ALLAH itu mutlak, dan kerana itulah ALLAH berkuasa melakukan apa saja termasuklah melakukan sesuatu kejadian itu tanpa sebab-sebab. Dengan ini tidak ada siapa yang nanti boleh mengatakan bahawa ALLAH tidak berkuasa melakukan sesuatu itu tanpa sebab. Seandainya ada orang yang mengatakan demikian, dia jatuh syirik.

Kuasa ALLAH-lah Yang Memberi Bekas

Dengan ALLAH menjadikan sesuatu itu sekali-sekala tanpa melalui sebab-sebab, ini juga menunjukkan bahawa sebab-sebab itu sendiri tidak boleh memberi bekas.

Yang memberi bekas ialah kuasa ALLAH SWT. Dengan itu yang memberi bekas kepada kenyang bukan makan, yang memberi bekas kepada zuriat bukan perkahwinan, yang memberi bekas kepada terbakar bukan api, yang memberi bekas kepada pandai bukan rajin belajar, dan begitulah seterusnya. Cuma, memang ALLAH hendak jadikan itu sebagai peraturan, maka dalam kehidupan kita ini, tiap-tiap sebab akan membawa akibat.

Namun, hendaklah kita yakin benar-benar bahawa hakikatnya bukan sebab itu yang membawa akibat. Ini dapat kita perhatikan sekali lagi dalam satu kejadian yang lain. Kita tentu faham bahawa setiap api itu pasti membakar, tetapi ALLAH telah menjadikan api tidak membakar dalam perisitiwa Raja Namrud hendak membakar Nabi Ibrahim a.s. hidup-hidup. Walaupun Raja Namrud mengerahkan seluruh rakyatnya mengumpulkan kayu api hingga bertimbun, namun apinya yang begitu besar tidak membakar Nabi Ibrahim as. setelah baginda dilontarkan ke dalamnya.

Bukan Sebab Bawa Akibat

Demikianlah ALLAH memperlihatkan kuasa-Nya dalam membatalkan peraturan sesuatu kejadian itu. Walaupun tiap-tiap kejadian itu sebab-sebabnya membawa akibat tetapi ALLAH boleh merubah peraturan itu. Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa tiap-tiap sebab itu tidak membawa akibat. Yang membawakan akibat atau yang memberi bekas kepada sebab-sebab adalah ALLAH SWT sendiri.

Khilafiah Ulama

Kemudian, dalam memperkatakan tentang sifat wujud bagi ALLAH SWT ini, terdapat khilafiah ulama. Khilafiah ini bukan mempersoalkan tentang wujudnya ALLAH SWT itu kerana semua ulama bersependapat mengatakan zat ALLAH SWT itu tetap dan sebenarnya ada. Tetapi yang dikhilafiahkan ialah dalam membahaskan kalimah wujud itu sahaja.

Bagi kita, mempelajari hal khilafiah ini tidaklah wajib, cuma sekadar untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita. Tetapi umat Islam pada zaman dahulu begitu mengutamakan soal ilmu pengetahuan hinggakan perkara-perkara yang menjadi furuk atau ranting-ranting pun mereka akan kaji sungguh-sungguh.

Sebab itulah, dari sudut ilmu pengetahun, mereka amat hebat sekali. Tidak seperti kita pada zaman ini, perkara pokok dan yang wajib di dalam agama pun tidak kita pelajari, apatah lagi perkara-perkara yang sunat dan yang harus. Hingga, setengah-setengah orang pada zaman ini menganggap perkara-perkara yang sunat dan harus itu perkara remeh-temeh. Malah, lebih daripada itu, perkara yang wajib seperti menutup aurat dan lain-lainnya
pun mereka anggap sebagai remeh-temeh juga.

Inilah yang malangnya bagi umat Islam zaman ini. Ilmu pengetahuan Islam tidak mahu diberi penilaian tetapi ilmu-ilmu orang lain dituntut habis-habisan. Kita tidak sedar betapa hasil daripada ilmu orang lain itu, kita juga turut menjadi orang itu. Sikap, peribadi serta akhlak kita juga turut terkorban menjadi sikap, peribadi dan akhlak orang itu. Fikiran kita juga turut terjajah oleh fikiran-fikiran orang itu.

Sebab itulah kita tidak hairan, pada hari ini, orang-orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang Islam sekalipun, sama peribadi mereka, akhlak mereka dan fikiran mereka dengan orang bukan Islam. Tidak langsung melambangkan peribadi, akhlak dan fikiran Islam yang berlandas kepada iman dan taqwa.

Ini memandangkan bahawa ilmu pengetahuan Islam yang diperolehi itu adalah melalui institusi pendidikan orang bukan Islam hingga kadang-kadang yang menyampaikan ilmu pengetahuan Islam itu sendiri pun daripada kalangan orang bukan Islam. Dan kalaupun ia disampaikan oleh orang-orang Islam sendiri, kadang-kadang tuan-tuan guru itu sendiri banyak melanggar perintah Allah.

Akibatnya, ilmu yang disampaikan tidak ada roh Islam. Oleh itu, walaupun yang keluar dari institusi-institusi itu sudah ada ijazah B.A., M.A. dan juga Ph.D, tetapi lambang iman dan taqwanya tidak ada. Malangnya, mereka inilah yang diminta mengeluarkan fatwa dan hukum-hukum agama.

Ulama Tauhid

Di antara ulama-ulama yang memperbahaskan tentang kalimah wujud ialah Imam Fakhrurrazi dan Imam Abu Mansur Al Maturidi, dua ulama besar dalam bidang tauhid zaman dahulu. Menurut mereka, kalimah wujud itu bukan ain maujud dan bukan lain daripada ain maujud. Berdasarkan qaul ini, wujud itu haliah iaitu yang menepati di antara ada dengan tiada.

Manakala Imam Abu Hassan Ashaari, juga seorang ulama besar yang sezaman, berpendapat wujud itu adalah ain maujud yakni, wujud itulah zat maujud kerana tidak disebut wujud kalau tidak pada zat. Ertinya, tidak akan disebut sesuatu itu ada, sekiranya ia tidak ada.

Oleh kerana sememangnya zat ALLAH SWT itu ada, maka tidak timbullah kalimah wujud itu kalau ALLAH SWT tidak ada.

Sikap Orang Kafir

Seterusnya, dalam membahaskan sifat Wujud bagi ALLAH SWT ini bukan kalangan umat Islam sahaja yang mempercayainya. Malah orang-orang kafir pun percaya akan adanya Tuhan. Semua agama lain di dunia ini termasuk agama yang karut-marut sekalipun, percaya akan adanya Tuhan. Fir-man ALLAH:

Terjemahannya: Jika kamu tanya kepada orang-orang kafir itu, "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi ini?" Nescaya mereka akan berkata, "ALLAH. " (Luqman: 25)

Jadi, orang-orang kafir juga mengakui adanya Tuhan, Cuma pengakuan mereka dengan pengakuan kita jauh bezanya.

Keyakinan Pada Syirik

Bagi kita umat Islam, Tuhan itu tidak menyerupai segala sesuatu. Tetapi bagi mereka, Tuhan boleh digambar-gambarkan. Mereka pun menggambarkan Tuhan dengan pelbagai rupa; ada yang macam gajah, macam ular, macam makhluk berkaki empat, bertangan lapan, berperut buncit, dan sebagainya. Ada yang menggambarkan Tuhan itu pokok, bukit, gunung, matahari, bulan, bintang, dan lain-lainnya. Keyakinan seperti ini adalah keyakinan yang sesat dan syirik.

Oleh itu, walaupun mereka percaya tentang adanya Tuhan, tetapi pengakuan mereka itu tidak sah, dan apabila mati, mereka tetap dianggap mati dalam kekufuran. Di Akhirat, mereka akan kekal abadi di Neraka.

Kita tidak sekali-kali boleh mengkhayalkan ALLAH SWT sebagai menyerupai sesuatu. Di dalam Al Quran ALLAH menegaskan:

Terjemahannya: ALLAH itu tidak serupa bagi-Nya segala sesuatu. (As Syura: 11)

Kerana itu, apa yang terlintas di dalam hati kita, itu bukannya ALLAH. Inilah yang hendak kita jaga benar-benar.

Fitrah Rasa Bertuhan

Rasa bertuhan adalah fitrah, tetapi pengenalan mengenainya bukanlah melalui khayalan atau gambaran sepertimana yang dibuat oleh orang-orang kafir.

Dan tidaklah benar kalau ada orang mengatakan yang dia tidak percaya kepada Tuhan kerana mungkin dia membenci agama. Dia benci kepada agama Islam
kerana ada orang Islam yang jahat dan khianat; dia benci kepada agama kristian kerana kristian juga menipu dan mengkhianat. Dia juga membenci agama-agama lain, tetapi yang sebenarnya, hatinya tetap mengakui adanya Tuhan.

Buktinya, sekiranya dia ditimpa sesuatu penyakit yang sukar diubati hingga sudah habis usaha ikhtiarnya, dia akan mengeluh, "Kalaulah ada suatu kuasa yang menolong aku . .." Keluhan itu menunjukkan dia percaya adanya suatu 'kuasa' yang ghaib. Itulah rasa ketuhanan.

----------------------------------------------


Ta'rif safat Nafsiyyah
هِيَ اَلحَالُ اْلوَاجِبَةُ لِلذَّتِ مَادَامَتِ الذَاتُ غَيْرُ مُعَلَّلٍ بِعِلَّةِ
Artinya : hal (sifat) yang pasti menetap pada suatu yang maojud, selama dzat itu ada tanpa penyebab lain.
SIFAT WUJUD
A) Pengertian Wujud
Sifat nafsiyyah adalah sifat wujud. Pengertian wujud terbagi 3 bagian/macam :
1. Wujud Idlofi, yaitu wujudnya sesuatu bersandar kepada yang lain, seperti adanya malam karena adanya siang.
2. Wujud ‘Aridli, yaitu adanya sesuatu didahului dengan tidak ada, seperti wujudnya alam semesta.
3. Wujud Dzati/Wujud Haqiqi, ialah wujudnya sesuatu tidak bersandar kepada yang lain dan tidak didahului dengan tidak ada, yakni wujudnya Allah SWT.
Barang yang maujud (ada) dapat diketemukan dengan Hissi dan dengan ‘Akli yang diketemukan dengan Hissi disebut Wujud Hissi yakni yang dapat diketemukan oleh Panca Indra sebagaimana telah diterangkan pada bab sebelumnya, sedangkan yang diketemukan dengan ‘Akli disebut Wujud ‘Akli, yang isinya terbagi kepada 2 macam, sebagai berikut :
1. Wujud ‘Akli Mumatsalah, yaitu adanya ruhani makhluk dan sifat-sifatnya seperti gembira, susah, pinter, ilmu, bodoh, berani dan lain sebagainya.
2. Wujud ‘Akli Mukholafah, yaitu adanya Allah SWT. Dan sifat-sifatnya seperti Qudrot, Irodat, Ilmu dan lain sebagainya.
Dengan adanya keterangan tersebut di atas maka batal i'tikadnya Kafir Mujasimah yang mengi'tikadkan bahwa Allah SWT bersemayang di dalam ruhani manusia, yang menimbulkan pengertian bahwa Allah SWT menyatu dengan manusia. Dari adanya Kafir Mujasimah ini muncul Kaidah kejawen dalam bahasa jawa : Ya Allah Ya Isun, Ya Isun Ya Allah Isun Sejati.
Secara logika kalau Allah bersemayam diruhani manusia, berarti Allah tidak Qiyamuhu bi Nafsihi, artinya membutuhkan kepada tempat untuk berdiam dan berarti pula bahwa Allah Wujud ‘Aridy (baru) yang pasti mumatsalah (serupa) dengan makhluk, sedangkan hal demikian adanya mustahil, sebab yang mumatsalah dan yang membutuhkan kepada tempat untuk diam adalah makhluk.
Untuk meluruskan kaidah Kejawen tersebut ialah dengan logika : Allah diketemukan oleh Isun Sejati Yakni akal ruhani, demikian juga yang dilihat oleh Allah SWT. Adalah akal ruhani Insan (Isun Sejati).
Dengan penjelasan tersebut di atas batal pula i'tikadnya kafir Fulasifah yang mengi'tikadkan bahwa adanya Allah bersandar kepada adanya alam dan bersatu dengan alam, sebab adanya Allah bukan Wujud ‘Ardy dan bukan Wujud Idlofy yang secara otomatis wujud tersebut tidak Qiyamuhu bin-Nafsihi dan tidak Qodim.

B) Tanggapan Hukum Syara'
Seluruh Mukallaf wajib mengi'tikadkan kepada adanya Allah SWT. Dan kepada Mustahilnya Allah tidak ada.
C) Dalil ‘Akli Sifat Wujud di Allah.
1. Alam semesta ini pasti jirim, yaitu Dzat yang adanya selalu membutuhkan kepada ruang yang pas untuk diam. Dan pasti ‘Arody, yaitu sifat yang melekat pada jirim yang selamnya tidak akan lepas dari dua kemungkinan, antara diam dan bergerak (taghoyur).
2. Barang yang adanya melekat pada yang baru, barang itupun pasti baru pula, oleh sebab itu alam ini pasti baru.
3. Secar logika, dari tidak ada kepad ada pasti memerlukan kepada yang mengadakan, sebagai pihak lain yang menggerakan dari tidak ada kepada ada, oleh karenanya barang itu pasti buatan, sebab adanya diadakan.
4. Tidak ada yang mempunyai kemampuan untuk mengadakan, karena keberadaannya pun selalu memerlukan kepada yang lain sebagai pihak pengada dan juga selalu disertai dengan sifat-sifat yang baru, ‘Akal menemukan pihak pengada yaitu Tuhan Yang Maha Esa yang tidak disertai dengan sifat-sifat yang baru. Adapun diketemukannya nama Tuhan itu Allah adalah hasil dari wahyu Allah SWT. Dalam surat 13, ar -Ro'du ayat 16 yang artinya : Katakanlah: "Siapakah Tuhan langit dan bumi?" Jawabnya: "Allah". Katakanlah: "Maka Patutkah kamu mengambil pelindung-pelindungmu dari selain Allah, Padahal mereka tidak menguasai kemanfaatan dan tidak (pula) kemudharatan bagi diri mereka sendiri?". Katakanlah: "Adakah sama orang buta dan yang dapat melihat, atau samakah gelap gulita dan terang benderang; Apakah mereka menjadikan beberapa sekutu bagi Allah yang dapat menciptakan seperti ciptaan-Nya sehingga kedua ciptaan itu serupa menurut pandangan mereka?" Katakanlah: "Allah adalah Pencipta segala sesuatu dan Dia-lah Tuhan yang Maha Esa lagi Maha Perkasa".
Dalil yang membenarkan kepada logika bahwa alam dan pasti baru adalah firman Allah SWT. Dalam al-Qur'an surat 36. Yasin ayat 38 yang artinya : Dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang Maha Perkasa lagi Maha mengetahui.

0 comments:

Post a Comment